mcmc
Persatuan Belia

Program Solat Sunat Gerhana Masjid Kg Jelam

Pada 31 Januari 2018 bersamaan hari Rabu telah diadakan Solat Sunat Gerhana di Masjid Jelam sempena fenomena gerhana bulan. Bagi penganut agama islam disunatkan untuk mengerjakan solat sunat gerhana yang mempunyai pelbagai fadhilat membuktikan kebesaran tuhan yang menjadikan fenomena alam yang jarang- jarang sekali berlaku di atas kehendak Nya. Solat sunat ini dihadiri oleh jemaah masjid Kg Jelam yang terdiri daripada penduduk kampung sekitar dan turut dijemput Ustaz Qushairi sebagai penceramah. Program ini bukan sahaja memberi ilmu kepada warga kampung malahan mengeratkan hubungan ukhuwah yang sangat dituntut dalam agama islam dan lain- lain.

Info Gerhana Bulan

Gerhana Bulan berlaku apabila jasad Bulan memasuki kawasan bayang-bayang bumi yang berada di angkasa lepas. Ia hanya boleh berlaku ketika Bulan berada di dalam Fasa Purnama (Bulan Penuh) sahaja. Ketika ini, Matahari, Bumi dan Bulan berada di dalam satu garisan lurus yang sempurna.

satah orbit bulan ketika ia mengelilingi bumi, senget sedikit berbanding dengan satah bumi ketika mengelilingi matahari. Ia senget sekitar 5 darjah. Bayang-bayang bumi yang mengunjur jauh di angkasa lepas berada tepat di atas satah orbit Bumi ini.

Oleh sebab itu, walaupun bulan dalam fasa purnama dan berada bertentangan arah dengan matahari, jika kedudukan satahnya tidak sama dengan bumi, ia akan berada di luar kawasan bayang-bayang Bumi ini, dan gerhana tidak akan berlaku.

(sumber Falakonline)

4. LAFAZ NIAT

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 

“Sahaja aku Solat Sunat Gerhana Bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

5. CARA SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Solat Sunat Gerhana Bulan didirikan sebanyak 2 rakaat seperti solat sunat yang lain. Apa yang membezakannya adalah ia mempunyai 4 al-Fatihah , 4 Ruku’ dan 4 sujuddalam 2 rakaat tersebut.

Berikut adalah cara Solat Sunat Gerhana Bulan yang lengkap mengikut rakaat.

Rakaat Pertama

  1. Takbiratul Ihram
  2. Membaca doa Iftitah
  3. Membaca surah al-Fatihah
  4. Membaca surah al-Baqarah (atau mana-mana surah)
  5. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 100 ayat)
  6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  7. Membaca surah Ali-lmran (atau mana-mana surah)
  8. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 90 ayat)
  9. Iktidal
  10. Sujud dan membaca tasbih
  11. Duduk antara dua sujud
  12. Sujud kembali
  13. Berdiri untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

  1. Membaca surah al-Fatihah
  2. Membaca surah al-Nisa’ (atau mana-mana surah)
  3. Ruku’ dan membaca tasbih (kira-kira 70 ayat)
  4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
  5. Membaca surah al-Maidah (atau mana-mana surah)
  6. Ruku dan membaca tasbih (kira-kira 50 ayat)
  7. Iktidal
  8. Sujud dan membaca tasbih
  9. Duduk antara dua sujud
  10. Sujud kembali
  11. Membaca tasyahud akhir
  12. Memberi salam

*Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.(sumber siraplimau website)