PROGRAM BAJU SEKOLAH NADI

Aktiviti Semasa | 12 July 2026

Dijahit oleh komuniti untuk masa depan komuniti. NADI memperkenalkan Program Baju Sekolah NADI yang mana baju sekolah ini dijahit oleh peserta Mahir Jahit dan usahawan NADI. Tujuan utama program ini adalah untuk perkasakan komuniti dengan aktiviti penjanaan ekonomi secara meluas.

Bagaimana program ini memperkasa ekonomi komuniti?

Baju sekolah yang dijahit oleh alumni Mahir Jahit dan usahawan NADI akan dipasarkan ke seluruh Malaysia melalui Pusat NADI. Petugas, alumni dan ahli NADI boleh memasarkan produk baju sekolah dan memperoleh komisyen daripada jualan menjadikan kaedah ini sebagai satu rantaian ekonomi yang baik.

Bagaimana program ini memberi manfaat kepada komuniti?

Bagi meringankan beban kewangan ibu bapa, NADI memperkenalkan kaedah pembelian baju sekolah secara ansuran. Pembeli boleh membuat tempahan di NADI dan membuat bayaran ansuran bulanan sehingga 30 November 2026. Penghantaran baju sekolah yang ditempah akan dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2026. Pembeli perlu nyatakan jenis pakaian, saiz dan jumlah yang ingin ditempah.

Nak tahu jenis pakaian, saiz dan harga yang ditawarkan?

NADI menawarkan harga pakaian sekolah termurah di Malaysia.

HARGA PAKAIAN SERAGAM WANITA SEKOLAH MENEGAH

HARGA PAKAIAN SERAGAM WANITA SEKOLAH RENDAH

Tidak berminat untuk beli 1 set? Pembeli boleh pilih untuk beli secara berasingan.

Nak tahu saiz dan ukuran baju?

Masih banyak pertanyaan atau mahu lihat, sentuh dan tengok sendiri kualiti baju sekolah keluaran NADI? Kunjungi NADI Kampung Durian Tawar, kami sediakan contoh baju seragam. Nilai sendiri kualiti nbaju sekolah NADI dan terus buat tempahan di kaunter NADI