PERKUMPULAN WANITA
Di Kampung Durian Tawar terdapat sebuah perkumpulan Wanita yang diwakili oleh seramai 120 orang ahli. Ketua Biro Hal Ehwal Wanita iaitu Pn Anita Bt Malek, merupakan tunjang kepada wanita di kampung ini untuk terus bergiat aktif di dalam pelbagai aktiviti. Dengan adanya kumpulan Wanita seperti ini, kaum wanita kini lebih berani untuk tampil ke hadapan dan membuktikan bahawa mereka juga mampu untuk melakukan sebarang perkara tanpa bantuan sesiapa. Tujuan perkumpulan wanita ini ditubuhkan juga adalah untuk menyelesaikan apa jua masalah yang dihadapi oleh ahli serta wanita yang terdapat di kampung ini. Ia juga sebagai medium untuk menggalakkan kaum wanita untuk menceburi bidang perniagaan. D kampung ini, sudah terhasil beberapa orang usahawan wanita. Antaranya adalah Pn Roha iaitu pengusaha Kedai kek dan roti. Beliau juga turut membuka kedai makan berhampiran bengkelnya. Perniagaannya semakin hari semakin maju dengan adanya bantuan dari pelbagai pihak termasuk perkumpulan wanita ini.
Selain daripada itu, Pn Maimon Bt Ab Jalil juga merupakan usahawan wanita yang Berjaya di kampung ini. Beliau membuat perusahaan Sos Cili. Beliau kini di dalam proses untuk memasarkan sos beliau di pasaraya berhampiran.
