MAKLUMAT SETEMPAT
Kampung Jelam/Durian Tawar terletak dalam perjalanan dari Temerloh ke Triang yang mana jaraknya 16km dari Temerloh dan juga 16km dari Triang. Kampung Durian Tawar terletak di kuala sungai pahang,kira-kira 15km dari Pusat Pentadbiran Daerah Bera.
Kg Jelam Durian Tawar telah dibuka pada tahun 1980,hal ini dapat dikesan pada tahun 1980 dari peninggalan rumah-rumah lama,tanah dusun dan tanah perkuburan yang ada sekarang
Pada peringkat awal ,penduduk tinggal di Seberang Jelam(seberang sungai pahang) .Hal ini dibuktikan dengan adanya rumah lama di kawasan tersebut.Pada masa tersebut tiada kemudahan asas di kawasan itu.Perpindahan mula berlaku apabila terbinanya jalan raya pada tahun 1930-an .
Kampung Durian Tawar terletak di kuala sungai pahang,kira-kira 15km dari Pusat Pentadbiran Daerah Bera.Kampung ini telah didiami kira-kira 238 tahun dahulu.
Sebelum ini,penduduk menggunakan sungai sebagai jalan utama .Selepas jalan raya dibina, penduduk mula menjadikan jalan raya sebagai kemudahan utama.
Namun begitu,sungai masih lagi digunakan untuk tujuan perhubungan dengan kampung-kampung seberang seperti Kampung Tok Tua dan Kampung Seberang Durian Tawar.
Asalnya Kampung Durian Tawar adalah Kampung Chengkenik.Selepas itu,ditukarkan kepada Kg Durian Tawar bersempena dengan sebatang pokok durian. Menurut ceritanya,pokoknya teramat besar dan banyak buahnya tetapi kesemua buahnya adalah tawar.
Dahulu,penduduknya adalah sedikit,tetapi sekarang jumlahnya mula bertambah.Dengan kemudahan yang ada di kampung ini,maka secara tidak lansung telah menarik penduduk seberang menjadikan kg ini sebagai penempatan.
Pusat internet 1 Malaysia Kg Jelam/ Durian Tawar pada mulanya beroperasi sebagai pusat Jalur Lebar Komuniti bertempat di hadapan Sekolah Kebangsaan Durian Tawar. Kini, telah beroperasi di bangunan Anjung Warisan juga disebelah dewan orang ramai.