KEUSAHAWANAN- Puan Noraslinda binti Daim

Kisah Kejayaan | 22 September 2020

USAHAWAN KECIL PRODUK MAKANAN SNEK COKLAT (CHOCO NGAP)

Nama: Noraslinda binti Daim

Umur: 28 Tahun

Ahli: 2020

 

Latar belakang

Puan Noraslinda merupakan seorang suri rumah yang juga aktif dalam pelbagai bentuk perniagaan. Beliau juga merupakan seorang juruhias pengantin secara sampingan. Di samping itu juga, beliau sudah mula menghasilkan produk makanan jenamanya sendiri iaitu chocongap dan juga telah mula melahirkan ajen- ajen jualan produk chocongap dalam daerah ini

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau hanya mampu menghebahkan produknya secara berhadapan dengan pelanggan sahaja dan terhad kepada rakan terdekat sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT melalui hebahan di media sosial seperti Facebook, instagram dan aplikasi whatsapp, produk yang dijual semakin dikenali ramai. Beliau juga telah banyak mendapat tempahan dari pelanggan diluar kawasan termasuklah pelanggan di Shoppe. Beliau juga kini semakin mudah untuk mempromosikan jualan beliau melalui aplikasi instagram miliknya. Para pelanggan juga dapat melihat aktiviti dan gambar yang di muat naik di dalam akaun media sosial nya.Kini beliau telah mula menjual di shopee dan mengikuti kelas usahawan shopee yang telah di anjurkan oleh Pusat Internet