KURSUS MEMBUAT PERANGKAP LALAT TANAMAN
Pada hari rabu bersamaan 4 Mei telah diadakan kursus membuat perangkap lalat tumbuhan anjuran Jabatan Pertanian Daerah Bera. Seramai 17 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. Kursus diadakan di balairaya Kg Jelam yang mewakilkan pengajar dari Jabatan Pertanian Daerah Bera . Antara intipati utama kursus ialah kaedah dan cara membuat perangkap lalat tumbuhan menggunakan bahan-bahan terpilih untuk memastikan penjagaan pokok pertanian dalam keadaan yang baik.


