Pada setiap malam hari khamis, Surau Kg jelam mengadakan kuliah agama (usrah) bagi belia- belia dan penduduk kawasan sekitar Kg Jelam dan Kg Durian Tawar bagi memenuhi masa dengan menambah ilmu- ilmu keagamaan. Program ini kebiasaanya diadakan seusai solat maghrib sebelum masuknya waktu isyak. Imam surau kg Jelam adalah antara yang menjadi guru yang mana pembelajaran adalah diantaranya membaca kitab, sirah adab dan sebagainya. Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang patut dijadikan contoh bagi menarik anak-anak muda mendalami ilmu agama dan mengelak daripada anak- anak muda melakukan perkara- perkara yang tidak berfaedah seperti melepak dan sekaligus mengajak ramai dari mereka untuk solat di masjid secara berjemaah.





