KISAH KEJAYAAN 4TH QUARTER 2018 (USAHAWAN AGEN DAN DROPSHIP TUDUNG)
Latar belakang
Cik Nur Alifah Najihah merupakan seorang pelajar di institut pengajian awam di Kelantan yang mana menjalankan aktiviti perniagaan dropship bermula semenjak beliau di tingkatan enam. Niat nya bermula untuk menjalankan perniagaan online dropship untuk menambah wang saku untuk menyambung pelajarannya di samping minat yang mendalam dalam berniaga. Tambahan lagi jenama tudung yang dijualnya itu sedang mendapat tempat dalam dunia fesyen muslimah terkini. Walaupun beliau sudah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, beliau tetap masih meneruskan jualan dropship secara online.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT dan juga bantuan yang diberikan oleh PI seperti kelas dan Program- Program yang berkenaan, jualannya lebih dikenali dan lebih meluas bukan sekadar di kalangan kawasan tempatnya sahaja malahan di seluruh negeri. Pendapatannya juga ada kemajuan dan lebih baik dari sebelumnya.
Apa yang dipelajari melalui intenet
- -Mempelajari cara membuat page melalui Facebook
- -Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
- -Mempelajari cara-cara memuat naik gambar perkhidmatan di media sosial
- -Mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk di Instagram.
- -Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan Whatsapp.
Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- -Membantu mendapatkan maklumat
- -Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan
- -Membantu mempromosi produk di portal PI
- -Memberi latihan asas komputer dan asas internet
- Maklumbalas
Pusat Internet sangat membantu beliau dari segi sokongan dan bantuan keusahawanan.
KISAH KEJAYAAN 4TH QUARTER 2018 (USAHAWAN AGEN KECANTIKAN SERUM VITAMIN C)
Latar belakang
Puan Rahmah sebelum ini pernah bekerja di salah sebuah syarikat swasta dan hanya menjalankan perniagaan online dan sampingan sahaja. Namun setelah keluarganya berkembang lebih besar, beliau nekad untuk berhenti bekerja dan berniaga online sahaja.. Memandangkan beliau berminat dalam bidang perniagaan, pada mulanya beliau mula menjual produk secara langsung di kedai- kedai iaitu menjual kerepek pisang dan produk kecantikan..Kini Puan Rahmah giat menjual vitamin C serum sebagai agen produk tersebut di Facebook
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mencari pendapatan sampingan melalui perniagaan secara online dan offline sewaktu bekerja lagi. Namun jualannya jarang sekali dan kurang meluas. Kemudian setelah berhenti kerja beliau masih meneruskan perniagaannya dan menjual pelbagai produk makanan dan kecantikan Beliau lebih banyak menjual kepada rakan- rakan, saudara mara dan jiran terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mula berjinak dengan penggunaan ICT seperti internet, ini membuka mata beliau untuk berniaga lebih serius menggunakan media sosial dan produk yang menjadi keutamaan pelanggan masa kini.dan beliau lebih berminat untuk menjual produk melalui promosi di facebook. Sebelum ini daripada hanya mengunakan mesej berbayar dan whatsapp sahaja kini media sosial merupakan salah satu medium untuk beliau memperkenalkan barangan niaga nya dengan lebih luas. Dan ini secara tidak langsung menambah pelanggannya di serata negeri sekaligus menambah pendapatannya daripada sebelum ini
Apa yang dipelajari melalui intenet
-Mempelajari keusahawanan asas sesuatu produk
-Mempelajari Ms. Office bagi memudahkannya dalam aktiviti perniagaan
-Mempelajari cara membuat page melalui Facebook
-Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
-
- -Mempelajari cara-cara mengarang ayat untuk menarik perhatian pelanggan
- Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- -PI membantu mendapatkan maklumat
- -Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan
- -Membantu mempromosi produk di PI
- Maklumbalas
PI banyak membantu beliau dalam memberi ilmu keusahawanan dan ICT yang mana beliau sangat lemah sebelum ini.
KISAH KEJAYAAN 4TH QUARTER 2018 (CELIK IT PELAJAR TAHUN 6 SK KERAYONG JAYA)
Latar belakang
Merupakan pelajar sekolah rendah berumur 12 tahun yang menetap di sekitar kerayong, Triang. Terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, enjin carian dan asas Microsoft office. Tetapi masih ada individu yang berkebolehan dan mahir dalam menggunakannya. Mereka kebanyakan tidak mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, setelah menyertai Kelas Literasi ICT bersama PI1M, kini mereka semakin positif dalam menggunakan komputer. Tidak lagi takut- takut dan sudah semakin cekap menggunakan komputer. Mereka boleh menggunakan Microsoft Power Point dan sudah mampu membuat poster menggunakan Power point dengan kreativiti mereka sendiri
Apa yang dipelajari melalui intenet
-Belajar menggunakan internet dengan bijak melalui taklimat KDB
-Belajar membuat email sebagai medium komunikasi yang penting pada masa kini.
-Belajar menggunakan MS Office Powerpoint dengan baik.
-Mengenali perkakasan komputer.
-Mendengar taklimat KDB dan menonton video berkaitan KDB
-Menjawab kuiz secara spontan
-
- Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
- -PI membantu melahirkan masyarakat yang celik IT
- -Memberi kelas lanjutan kepada para peserta yang telah mengikuti kelas asas komputer.
- -Pi tidak pernah berhenti memberi kerjasama dalam memberi bantuan ICT yang diperlukan.
- Maklumbalas
PI banyak membantu dalam usaha meningkatkan pengetahuan komuniti setempat dalam bidang ICT supaya masyarakat luar bandar tidak ketinggalan seiring dengan matlamat negara yang menginginkan rakyat yang sentiasa berdaya saing dan celik IT.





