mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN 3RD QUARTER (USAHAWAN AGEN TRAVEL UMRAH)

Latar belakang

Puan Siti Haliza merupakan seorang surirumah dan usahawan yang semakin berjaya. Beliau merupakan seorang bekas guru Bahasa Inggeris, Namun dengan minat yang tinggi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, beliau berhenti sebagai guru tetap dan menceburi bidang perniagaan. Beliau bermula dengan pelbagai perniagaan dan sehingga ini iaitu sebagai agen pelancongan dan Umrah yang berdaftar dan beliau juga sudah bergelar sebagai mutawwafifah yang bertauliah untuk membantu dalam memimpin perjalanan Jemaah umrah di bawah perkhidmatannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT di awal perniagaannya beliau hanya membuat promosi dan menghebahkan pada orang ramai secara bersemuka terutamanya kepada saudara mara, adik beradik dan ahli keluarganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendapat sedikit sebanyak pengetahuan dan ilmu ICT secara tidak langung dan langsung terutamanya daripada bantuan yang diberikan oleh Pusat Internet, kini beliau boleh menghebahkan mengenai perkhidmatan nya bukan sahaja dalam kalangan kenalan dan keluarga terdekat sahaja, malahan lebih meluas. Terutamanya Kini setelah menggunakan ICT serta mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook,Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Dearah Bera. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar Dearah  Bera sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau dan menjadi mutawwafifah yang bertauliah dan diyakini ramai. Belaiu telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

Apa yang dipelajari melalui intenet

  • Mempelajari cara membuat page melalui Facebook
  • Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
  • Mempelajari cara-cara memuat naik gambar perkhidmatan di media sosial
  • Mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk di Instagram.
  • Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan Whatsapp

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

PI membantu mendapatkan maklumat

Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan

Membantu mempromosi produk di portal PI

  • Memberi latihan asas komputer dan asas internet

Maklumbalas

Pusat Internet sangat membantu beliau dari segi sokongan dan bantuan keusahawanan