mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN- Puan Siti Farhana Najiha Khairil Isham

USAHAWAN KECIL PEMBUATAN PRODUK MAKANAN (CINCAU)

Nama: Siti Farhana Najiha

Umur: 23 Tahun

Ahli: 2011

Latar belakang

Puan Farhana merupakan seorang suri rumah yang sejak dari awalnya sudah menceburi bidang perniagaan seawal beliau masih menuntut di universiti pengajian tinggi dan berlatar belakang keluarga nya iaitu ibu bapanya sendiri yang sangat bekerja keras dalam bidang ini. Sebelum ini beliau sudah menjual pelbagai produk termasuklah menjual supplement, barang kecantikan, makanan dan lain- lain. Kini Puan Farhana sedang menceburi bidang pembuatan produk tempatan iaitu produk makanan cincau yang menekankan produk buatan muslim seterusnya mempromosikan kempen “beli barangan muslim”.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, beliau memperkenalkan produk yang dijualnya melalui orang terdekat sahaja seperti saudara mara, jiran dan rakan-rakan sahaja. Jualannya hanya cukup- ckup makan sahaja dan sebagai hobinya sahaja. Bermula dari itu beliau menyedari kepentingan internet iaitu media sosial untuk mengembangkan pemasaran produknya dengan lebih luas..

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini setelah mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar daerah dan lebih mudah dan cepat untuk menguruskan tempahan. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar dearah Bera sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau. Disebabkan itu beliau sudah mula mendapat perhatian daripada pembekal kerana usahanya mempromosi ke kumpulan laman media sosial seperti facebook dan Instagram