KEUSAHAWANAN- Puan Normala binti Ibrahim

Kisah Kejayaan | 3 October 2021

USAHAWAN KECIL ANAK POKOK

Nama: Normala binti Ibrahim

Umur: 48 Tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Puan Normala merupakan suri rumah sepenuh masa. beliau menjalankan aktiviti pertanian bersama suaminya dengan menjual anak pokok  sebagai hobi pada asalnya kini menjadi seumber pendapatan bagi nya dan suami.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menggunakan ICT beliau menjual produk kepada rakan terdekat, jiran dan saudara maranya sahaja. Beliau juga menjual di pekan sehari setiap hujung minggu.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT,jualannya semakin meningkat dan lebih dikenali ramai. Ini adalah kerana kesungguhan beliau yang mana sentiasa update whatsapp status untuk promosi. Beliau kini sudah mula mempelajari teknik menggunakan jualan atas talian seperti Shopee dan menghadiri bengkel dan pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Internet komuniti.