Tarikh: 20 Julai 2024 Masa:10.00 Pagi -11.00 Pagi Tempat:NADI Triang 3 |
Dengan menggunakan Canva, usahawan boleh menghasilkan logo sendiri tanpa perlu mengupah pereka profesional, menjimatkan kos yang boleh digunakan untuk tujuan lain dalam perniagaan.
Aktiviti:
Peserta perlu log masuk ke akaun canva. Mereka pelu pilih templat logo yang tersedia. Mereka perlu memilih yang paling sesuai dengan gaya dan industri perniagaan mereka. Kemudian klik pada elemen-elemen logo dalam templat untuk mula menyunting. Mereka boleh menukar teks, warna, font, dan saiz mengikut keperluan. Setelah berpuas hati dengan reka bentuk, klik butang “Muat Turun” dan pilih format fail yang diingini seperti PNG, JPEG, atau PDF. Muat turun logo ke peranti juga boleh dilakukan