Tarikh: 20 Julai 2024 Masa:10.00 Pagi -12.00 Tengahari Tempat:NADI Durian Tawar |
Paint membolehkan pengguna mencipta reka bentuk asas, seperti logo sederhana, poster, atau grafik untuk kegunaan peribadi. Boleh digunakan untuk merancang idea atau konsep visual dengan cepat sebelum beralih kepada alat reka bentuk yang lebih canggih.
Aktiviti:
Memberi penerangan ringkas mengenai paint termasuk bar alat di sebelah kiri, palet warna di bawah, dan kanvas putih di tengah. pelajar diminta memilih alat lukisan yang sesuai dari bar alat, seperti Pensel, Berus, atau Marker. pelajar juga perlu memilih warna dari palet warna di bawah. Mereka boleh memilih warna asas atau mengubah suai warna menggunakan pilihan Pilih Warna. Kemudian pelajar diajar cara-cara untuk menyimpan lukisan mereka dengan mengklik File > Save As. Minta mereka memilih format fail seperti PNG atau JPEG dan simpan ke lokasi yang sesuai di komputer mereka.