
Diusahakan secara online oleh Cik Fatimah Zahara atau dikenali sebagai kak ema. Antara perkhidmatan yang disediakan ialah percetakan kad kahwin, kad nama perniagaan, sticker produk, bunting dan banner. syarikat kecil ini adalah milik seorang anak muda yang mula bergiat dalam bidang niaga percetakan selepas tamat melanjutkan pelajarannya dalam bidang grafik dan multimedia di salah sebuah Universiti tempatan.
Antara media sosial yang digunakan untuk tujuan promosi produk beliau ialah facebook page Homestudio Design and Printing dan instagram (homestudio_designprinting). Antara perkhidmatan yang sentiasa menjadi tumpuan pelanggan ialah kad kahwin, bunting perkahwinan dan restoran, kad nama dan sticker produk perniagaan dengan harga yang berpatutan. Beliau menggunakan bakat dan kemahiran yang ada sebagai pereka grafik dan menghantar hasil grafik pelanggan di salah sebuah kilang di Kuala Lumpur secara online dan akan diposkan kepada pelanggan pada waktu yang dijanjikan. perniagaan ini hanya dijalankan di rumah sesuai dengan nama syarikatnya iaitu Homestudio Design and Printing.
Beliau bercita- cita untuk mendapatkan mesin percetakan sendiri pada masa hadapan dan mengharapkan perniagaan ini akan berkembang dan mengajak supaya anak- anak muda lebih berani untuk menjalankan perniagaan sendiri terutamanya perniagaan yang menjadi trend terkini iaitu perniagaan secara online. bagi pelanggan yang berminat dengan hasil grafik beliau boleh hubungi di talian whatsapp atau facebook dan bagi pelanggan yang berdekatan boleh juga datang ke rumah beliau.
BIODATA USAHAWAN
NAMA: FATIMAH ZAHARA BINTI MD HUSIN
UMUR: 27 TAHUN
ALAMAT PERNIAGAAN: NO 29 KAMPUNG PAYA PAGAR 28200 BANDAR BERA, PAHANG
NAMA PERNIAGAAN: HOMESTUDIO DESIGN AND PRINTING
PERKHIDMATAN: KAD PERKAHWINAN, BANTING PERKAHWINAN, STICKER, GUEST BOOK,BANNER, KAD NAMA, DLL.
FACEBOOK PAGE: HOMESTUDIO DESIGN AND PRINTING
INSTAGARAM: (homestudio_designprinting)
NO TELEFON: +601132291480






