Celik IT- Kelas Asas Microsoft Word

Kisah Kejayaan | 22 April 2022

Belajar Modul Microsoft Office Word dan membuat latihan menaip

Nama: Kelas Asas Microsoft Office Word

Umur: 11-12 Tahun

Ahli: 2021


Latar belakang

Merupakan pelajar sekolah rendah tahap 2 SK Durian Tawar.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak  mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Kelas Asas Komputer ini, mereka sudah pandai untuk menaip dengan cara yang betul. Mereka juga sudah mampu untuk menyiapkan tugasan yang diberi dengan pantas serta teknik menaip juga sudah semakin baik berbanding sebelum ini. Ini menggalakkan lagi mereka untuk terus belajar dan menggunakan computer di Pusat Internet