BELAJAR SAMBIL BERTANDING


Capture The Flag 2026 adalah program belajar sambil bertanding. Konsep ini menarik, yang mana setiap pasukan akan membawa peranan ambassador atau duta cybersecurity untuk komuniti setempat. Peserta akan menerima latihan mengenai cybersecurity dan akan menjalankan tugasan setiap minggu. Peserta akan mendapat pelbagai manfaat dari program ini, serta berpeluang memberi manfaat semula kepada komuniti.


Program Perwira Cyber pula lain ceritanya. Program ini menempat satu orang peserta menjadi solo fighter dalam membantu masyarakat berkaitan isu-isu keselamatan siber. Peserta akan menerima latihan dari pakar keselamatan siber dan menjalankan misi kongsi ilmu dan bantuan kemasyarakatan.