mcmc
Persatuan Belia

BADMINTON

Aktiviti sukan merupakan aktiviti yang digemari oleh golongan belia disini. Selain futsal, permainan badminton juga turut popular di kalangan mereka. Pada kebiasaanya mereka akan berlatih badminton di Dewan Orang Ramai Kg Jelam/Durian Tawar. Hampir setiap hari mereka akan datang ke sini utuk bermain badminton.Pada kebiasaanya mereka akan berlatih pada waktu petang atau malam bergantung kepada kekosongan dewan. Sekiranya dewan digunakan untuk majlis kenduri-kendara dan sebagainya, mereka dilarang untuk mengunakan dewan bagi memberi ruang kepada majlis tersebut berlangsung Permainan ini juga turut digemari oleh golongan belia perempuan. Belia dari luar Kg Durian Tawar juga turut  menggunakan dewan ini untuk berlatih badminton. Hal ini dapat mengeratkan hubungan diantara kampung.