mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN QUARTER KEDUA APRIL-JUN 2018 (USAHAWAN KEREPEK PALEMBANG)

Latar belakang

Puan Haliza merupakan salah seorang usahawan yang sudah dikenali di Kg Durian Tawar. Bermula daripada pelbagai produk dan perkhidmatan, kini beliau menjalankan perniagaan pengusahaan kerepek Palembang Bonda yang menggunakan resepi unik warisan keluarga. Puan Haliza juga merupakan seorang bekas guru Bahasa Inggeris. Kerana minat yang mendalam dalam dunia keusahawanan, beliau menceburi pelbagai jenis perniagaan dan perkhidmatan dan kini mengusahakan kerepek ini di bengkel yang dibina bersebelahan rumahnya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini, beliau hanya menjual produknya dengan menghantar di premis- premis makanan dan jualan sahaja disamping memperkenalkan produknya keepada kenalan terdekat dan saudara mara. Beliau perlu menghabiskan masa, tenaga untuk mempromosikan produknya di kawasan- kawasan tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Kini setelah mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi1M, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar dari Dearah Bera dan lebih mudah dan cepat untuk menguruskan tempahan. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar dearah Bera sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau. Beliau telah menggunakan segala ilmu keusahawanan yang dipelajari dengan sebaik mungkin.

Apa yang dipelajari melalui intenet

  • Mempelajari cara membuat page melalui Facebook
  • Mempelajari cara mengedit gambar untuk produk
  • Mempelajari cara-cara untuk mengiklankan produk di media sosial
  • Mempelajari cara-cara untuk mempromosikan produk menggunakan Whatsapp dan My Shop.

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • PI1M membantu mendapatkan maklumat
  • Memberi perkhidmatan yang baik dan berpatutan
  • Membantu mempromosi produk di portal PI1M
  • Memberi latihan asas komputer dan asas internet
  • Maklumbalas

 PI1M banyak membantu beliau dalam memberi ilmu keusahawanan dan ICT yang mana sangat- sangat membantu dalam urusan harian dan perniagaan.