Pada 14 Mei 2016, telah diadakan satu ceramah motivasi keibubapaan yang berlangsung di Dewan Sk durian Tawar. ceramah motivasi tersebut dihadiri oleh pelajar- pelajar Sk durian Tawar dan ibu bapa. Program ini dianjurkan oleh sekolah Durian Tawar bagi menaikkan prestasi dan kecemerlangan anak- anak. Bertemakan peranan ibu bapa ke arah kecemerlangan anak- anak pihak sekolah telah menjemput penceramah khas yang amat berpengalaman iaitu yang Berbahagia Dato’ Dr Roselan bin Baki. ceramah ini secara langsung menaikkan semangat ibu bapa perihal tanggungjawab ibu bapa yang amat penting dalam kecemerlangan dan kejayaan anak mereka.





