Program Borak Santai “Kata jadi kota- kata jadi binasa” bersama Personaliti Televisyen Ahmad Fedtri Yahya ini dianjurkan oleh pihak RISDA Bera yang berlangsung pada 8 November 2022 bertempat di Pejabat RISDA Triang. Program santai ini disertai Pergerakan Wanita dan Pekebun Kecil (PWPK) dan Usahawan RISDA di daerah Bera. Pihak PEDi, Siti Azieyanty sebagai Rakan Digital yang juga ahli PWPK yang aktif diberi kesempatan memberi pengenalan berkenaan PEDi kepada usahawan- usahawan yang terlibat sewaktu sesi borak santai bertujuan memberi pendedahan sedikit sebanyak berkaitan kepentingan PEDi kepada usahawan terutamanya berkaitan perkhidmatan bantuan pemasaran perniagaan secara digital.




