Celik IT- Bengkel Pertandingan Poster

Kisah Kejayaan | 22 December 2020

Belajar menggunakan perisian Canva dan Membuat Poster Pertandingan

Nama: Bengkel Pertandingan Poster

Umur: 10- 14 Tahun

Ahli: 2015- 2020


Latar belakang

Merupakan pelajar sekolah rendah dan tahap 1 menengah di sekitar Kg Jelam Durian Tawar. Terdiri daripada peserta lelaki dan perempuan

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kebanyakan masih lagi belum mahir dalam penggunaan komputer, Terdapat beberapa kekangan kepada mereka untuk meningkatkan pengetahuan ICT seperti tidak mempunyai komputer di rumah menjadikan mereka tidak terdedah dalam pengunaan ICT serta tidak tahu untuk mendapatkan bantuan untuk mempelajari ICT .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, setelah menyertai Bengkel dan pertandingan Poster, mereka sudah pandai menggunakan perisian yang digunakan untuk membuat poster iaitu Canva dan juga mencari bahan menggunakan enjin carian.  Mereka semakin bagus dalam menggunakan komputer dan mampu menghasilkan poster yang menarik mengikut tajuk yang disediakan.