KEUSAHAWANAN- Puan Rubiah Zakaria
USAHAWAN KECIL AGEN MAKANAN
|
Nama: Rubiah Zakaria Umur: 27 Tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Puan Rubiah merupakan usahawan kedai alatan tulis dan fotokopi di bandar Bera. Beliau bermula menjadi agen keropok Durrani Bites untuk dijual secara offline di kedainya miliknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau bermula dengan menjual produk tersebut di kedai miliknya dan memperkenalkan kepada staff, adik beradik dan saudara maranya. Pelanggan nya terdiri daripada kenalan terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini setelah mendapatkan latihan keusahawanan dari Pi1M, beliau kini telah mula mempromosikan perniagaan beliau menggunakan media sosial seperti Facebook, dan Whatsapp. Setelah mempunyai akaun media sosial ini, beliau telah berjaya mendapatkan pelanggan luar daerah dan lebih mudah dan cepat untuk menguruskan tempahan. Perniagaan beliau juga sudah semakin meluas dan tidak terhad kepada pelanggan sekitar dearah Bera sahaja. Beliau juga telah berjaya meningkatkan pendapatan beliau.

