MESYUARAT AGUNG KELAB USAHAWAN IKHTIAR BERA
Pada hari Jumaat bersamaan 18 Disember 2015 telah berlangsung Mesyuarat Agung Kelab Usahawan Ikhtiar Bera (KUIB) bil 01/15 bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Durian Tawar. Mesyuarat dihadiri kira- kira lebih 400 orang seluruh daerah Bera yang merupakan ahli Amanah Ikhtiar Malaysia. Komuniti wanita Kampung Durian Tawar segelintirnya adalah ahli Amanah Ikhtiar. Ini bertujuan membantu mereka yang juga golongan berpendapatan rendah melalui pinjaman kredit mikro daripada Amanah Ikhtiar malaysia. Dengan ini, mereka berpeluang menjalankan perniagaan melalui kemahiran mereka yang sedia ada. Mesyuarat ini diadakan bermula jam 2.30 petang dan berakhir jam 5.30 petang.





